PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MARINE ESSENCE PASIR GUDANG

Thursday 5 December 2013

ENSIKLOPEDIA



              Kuat berangan! Ya, itu memang dah pasti. 
Masa kecil, Eka suka berangan :-

   -Nak jadi puteri

  - Nak jadi Ahli Sihir

  - Nak mengembara 1 dunia

  - Nak jadi lanun dan ada simpanan harta karun yang banyak dalam gua

  
            Banyak lagi yang Eka angan-angankan sebenarnya. Waktu kecil Eka bukan macam anak-anak sekarang yang kita boleh explore dengan mudah mencari pelbagai maklumat tru internet. Waktu itu Eka cuma tinggal di kampung bersama arwah Nyaie dan Yayi. 

          Macam mana Eka boleh berangan membayangkan tentang dunia luar, adalah dari 1 set Ensiklopedia bahasa Inggeris yang ada di rumah arwah Nyaie dan Yayi. Eka kurang pasti kepunyaan siapa set Ensiklopedia tersebut. Mungkin Cik Mah, Cik Dah, Cik Wan or Pak Ngah. Tapi yang pasti Eka je yang selalu buka buku berat tersebut. Ye memang Eka pasti sebab time tu Eka je yang tinggal bersama arwah Nyaie dan Yayi. Jadinya siapa yang datang dan buka buku tersebut pasti la Eka nampak.

Pic ihsan google



        Dalam banyak-banyak set buku tu, Eka paling suka buku yang bermula dengan huruf K. Dan muka surat yang paling selalu diselak adalah cerita tentang Kapten Ahad. Kapten Ahad ni kakinya sebelah kaki kayu. Ikan jaws yang gigit kaki Kapten Ahad ni dinamakan Moby-Dick. Siap ada ilustrasi berwarna lagi hokey. Tapi sayangnya maklumat tersebut setakat itu sahaja. Sedih! Jadinya memang selalu la asyik ulang baca perenggan cenonet tu. 


Bila Eka dah bekerja dan ada duit sendiri, Eka memang cari buku berkenaan Kapten Ahad dan Moby-Dick ini. Alhamdulilah, Eka dapat cari buku tersebut dengan mudah. Dan penuh kepuasan bila dapat menghabiskan dan membaca buku tersebut berulang kali. 

Begitu la besarnya keinginan Eka untuk mengetahui tentang sesuatu perkara. Waktu kecilku yang penuh dengan imaginasi. Hihihi. 

Selain dari itu, Eka teramat suka melihat map yang ada dalam Ensiklopedia tersebut. Waktu itu timbul keinginan untuk memiliki globe. Agaknya kalau betul-betul dapat globe time tu, mesti gembiranya bukan kepalang. Macam dah dapat mengelilingi dunia gamaknya. 
Kenapa nak globe je? 
Sebab masa tu sedar diri, yang kita ni bukan orang senang/kaya raya untuk mampu melancong/mengembara ke seluruh dunia. 



Kemudian taksub kalau tengok cerita perang-perang, kat bilik gerakan mesti ada peta besar yang lekat kat dinding tu kan? Hah, kalau dapat yang macam tu pun dah cukup suka. Hahaha. Tapi Eka bukan la jenis meminta-minta pada ibu dan arwah babak untuk benda yang tidak penting. Ku pendam keinginan itu hingga besar. Cewahhhh. 


Perangai suka tengok map tu memang hingga sekarang. Suka tengok dan suka baca untuk cari jalan bila sesat tu lain tau!
Dengan kemudahan internet yang ada sekarang, lebih mudah Eka nak dapatkan maklumat tentang sesebuah negara. Biasanya maklumat yang Eka cari berkaitan tempat/bangunan bersejarah, agama, ekonomi, pernah dijajah oleh negara apa, keluasan negara tersebut dan jiran-jiran terdekat negara tersebut (konon-konon kalau dapat pergi boleh singgah negara sebelah menyebelah...ahahaha) 

Yang Eka perasan, anak-anak Eka terutama abang momol dan Kak Tina yang mengikut perangai suka tengok map ni. Kalau kitaorang bercerita tentang tempat-tempat je, cecepat buka lappy google map. Senang betul sekarang ni ya!
Dan 1 rumah memang suka tengok rancangan Nat Geo. Oh lupa, tu sebab kuasa veto dan remote control di tangan mama. Hihihihi. 
Memang diaorang tak ada pilihan lain. 
Walaupun cerita kat Nat Geo tu berulang kali ditayangkan. 
Kejam kan!

Eka akui, melancong ke luar negara memang banyak mengeluarkan kos. Dan kosnya sangat tinggi. Dengan gaji yang besar tetapi besar juga komitmentnya memang la hanya tinggal angan-angan. 
Jadinya Eka mencari suatu inisiatif untuk membolehkan Eka melancong ke luar negara dengan kos yang rendah ataupun tiada kos langsung. 

Sebab itu bila datang peluang berbisnes Premium Beautiful, Eka cepat-cepat ambil peluang. 
Peluang yang baik bukan datang selalu.
Ada sebabnya kenapa kita tergerak hati untuk bertanya atau sehingga membuat keputusan untuk mendengar secara langsung peluang bisnes yang datang dari kawan kita ataupun orang yang kita tak kenal. 
Perasaan itu bukan dorongan yang tiba-tiba.
Mari kita fikirkan sejenak. 


Mungkin selama ini kita sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki.
Jadi, untuk memberikan rezeki tersebut, Allah Swt membukakan kita sebuah peluang. 
Mungkin dari orang yang kita kenal atau tidak kenal. 
Bila sampai peluang tersebut, cepat-cepat usaha untuk rebut peluang itu. 
Jika kita tak rebut, orang lain yang rebut.
Jika kita tak buat, orang lain yang buat.


Bila peluang tersebut sudah berada dalam genggaman, kita kena beristiqamah dalam melaksanakannya. 
Senang cakap bersungguh-sungguh dan berterusan. 
Bukan hangat-hangat tahi ayam.
Bukan memberi alasan dan menyalahkan keadaan sekeliling.
Bukan buat 2-3 hari atau 1 bulan sudah nak rasa down. 
Buatnya sikit, nak hasilnya banyak. 
Ya, memang wujud orang sebegini. 

Seterusnya TAWAKAL dengan segala usaha kita. 
Percaya sahaja dengan janji Allah.
Janji Allah itu pasti!

Eka nak relatekan sedikit dengan kisah berangan Eka waktu kecil yang Eka cerita di atas tadi. 
Impian dan angan-angan tersebut sentiasa subur dalam diri Eka. 
Eka sentiasa tercari-cari apa lagi cari bagi mendapatkan sekurang-kurangnya separuh dari impian tersebut. 

Eka tak pernah jadikan suami, anak-anak, keluarga dan pelbagai lagi alasan untuk tidak mendapatkan apa yang Eka impikan. 
Tak adil sebenarnya sekiranya kita ada impian tetapi terpaksa kuburkan impian tersebut demi mematuhi sebuah peraturan yang berat sebelah. 


Sekarang ni Eka suka sangat google tentang Itali dan Istanbul. 
Since my top leader CDM Hanis Haizi ke Itali tempoh hari dan upload pic bangunan yang cantik-cantik di sana, terus hati ini berkata "AKU AKAN PERGI!!"
Tak salah berangan atau tanam impian.
Free je pun!
Kalau buat bisnes, lagi segalanya free!

Teringat trip Paris dan London awal tahun haritu.
Perkataan yang sama Eka sebut bila tengok leader Eka CDM Hanis Haizi melancong ke Paris.
And I Work for it!
Syukur dapat peluang ke sana dengan percuma.
Syukur dapat menikmati keindahan dunia ciptaan Allah dengan percuma, cuma sedikit pengorbanan diperlukan dalam menjayakannya.


ALHAMDULILLAH












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...