PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MARINE ESSENCE PASIR GUDANG

Thursday 28 February 2013

~Louis Vuitton (LV) Paris~






     Assalamualaikum kawan-kawan. Lebih kurang 9 hari lagi Eka akan terbang ke London dan Paris bersama my dear leader CDM Hanis Haizi dan CDM Faziha serta kawan-kawan bisnes yang lain. Terasa sangat-sangat beruntung diri ini bila di usia 30 tahun Eka dapat peluang melancong ke negara yang menjadi impian setiap orang.



 Seperti yang kawan-kawan tahu, Eka mendapat peluang sebaik ini melalui Premium Beautiful Business. Trip kali ini merupakan negara ke 3 dan ke 4 yang akan Eka lawati secara PERCUMA melalui bisnes yang sangat-sangat hebat ini. Hingga ke saat ini memang Eka rasa macam tak percaya yang Eka akan melancong ke PARIS dan LONDON. Syukur dengan rezeki-Mu Ya Allah.


   Bila kita sebut tentang Paris dan London, pasti kawan-kawan dah terfikir di sini la SYURGA untuk membeli belah lebih-lebih lagi HANDBAG jenama terkemuka. Say no no no to handbag fake ya! CDM Hanis Haizi banned 500% to handbag fake. 

Meremang-remang bulu roma Eka, bila CDM Fazi cakap "BELI HANDBAG DALAM LV PARIS DAH MACAM DALAM PASAR TAU" ..... Memang superb!. Beli handbag yang berharga riban-riban tu macam pilih sayur je! Oh, Eka la yang bakal-bakal berada dalam butik LV yang penuh bersejarah itu untuk memiliki satu, dua,tiga, empat, lima koleksi handbagnya. Wow, LIMA???? Ikut rasa binasa ya kawan-kawan. Kalau dah buat bisnes Premium Beautiful tak apa. LOL. 


  Baru mukadimah HANDBAG LV, belum lagi Chanel, Prada, Longchamp, Gucci, Hermes, Balenciaga dan lain-lain lagi. Hmmmm, teruja betul Eka bila dengar budget CDM-CDM untuk beli handbag trip kali ini. Semakin berdebar-debar hati ini. Sambil taip ni pun dah tersenyum-senyum sendiri. 


shopping brand logo symbol picture and wallpaper


   Sebenarnya untuk entry kali ini Eka belum nak cerita apa yang Eka nak shopping di London dan Paris nanti. Sebab masih survey-survey dan google-google apa yang betul-betul nak dibeli. Terlalu banyak pilihan untuk Eka pilih. Oh la la. 

Agaknya kalau sekarang ni Eka masih belum ambil peluang berbisnes PREMIUM BEAUTIFUL, mesti Eka sedang terbakar-bakar baca blog orang yang dapat ke PARIS dan LONDON. Comfirm sana sini dok sakan update nak shopping apa. Yang baca tapi tak ambil-ambil peluang ni comfirm meraung-raung. 

Memang sayang sebab peluang yang baik bukan datang selalu. Eka memang sangat-sangat bersyukur dengan keputusan yang Eka buat ni.

   Back to basic. Since Eka memang dah decide salah satu handbag yang akan Eka bawa balik dari Paris ialah LOUIS VUITTON (LV) so Eka nak share sikit apa yang Eka tahu tentang sejarah LV ini. Kenapa Eka teruja nak share apa yang Eka tahu ini adalah kerana apabila kita dapat mendalami dan memahami apa yang telah,akan dan sedang kita miliki , kita akan lebih menghayati dan menghargainya. Lebih-lebih lagi barangan yang bukan mudah untuk kita dapatkan.





   Louis Vuitton dilahirkan di JURA,PERANCIS pada 4 Ogos 1821. Ketika usianya 14 tahun, beliau memulakan perjalanan ke Paris dengan berjalan kaki. Di sepanjang perjalanan sejauh 400 km itu, Louis Vuitton telah melakukan kerja-kerja membuat beg pakaian (bukannya handbag ya) dari rumah ke rumah. Hasil kerja tangan Loius Vuitton sangat halus dan berseni untuk anak muda sepertinya. Kemudian bakat semulajadinya dikesan oleh Napoleon III di mana bermulanya era dan empayar kemasyuran Louis Vuitton. Ratu Perancis ketika itu yang bernama EMPRESS EUGENIE (Isteri kepada Napoleon III) merupakan pelanggan setia Louis Vuitton. Ratu ini amat meminati rekaan-rekaan beg pakaian ciptaan Louis Vuitton.




   Pada tahun 1854, Louis Vuitton telah membangunkan LV.Co di Rue Neuve des Capucines, Paris. Inilah LV pertama di Paris. Bagi mengelakkan hasil seninya di ciplak, beliau telah mempatenkan kesemua designnya dan meletakkan logo "MARQUEE L.VUITTON DEPOSEE" atau "LV REGISTERED TRADEMARK". 



   Louis Vuitton telah meninggal dunia ketika berusia 71 tahun. Empayar perniagaannya telah diambil alih oleh anaknya GEORGES VUITTON. Georges telah memperkenalkan koleksi HANDBAG berjenama LV yang menjadi kegilaan pencinta fesyen kemudiannya. 



Setelah berdekad, kini jenama LV masih gah di seluruh dunia. Rekaannya tak lapuk dek zaman. Kerana itu kita biasa melihat selebriti-selebriti antarabangsa menggayakan HANDBAG jenama mewah LV ini. 


Paris Hilton


Kim Kardashian

   Ya, memilikinya seumpama memiliki sebutir bintang. Wah gitew!... Sejarah LV ini cukup Eka ingat kerana seingat Eka ketika berusia 10 tahun, Eka terjumpa sebuah artikel yang menceritakan sejarah LV. Artikel tersebut Eka jumpa dalam kotak buku-buku pakcik dan makcik Eka. Hehehe. Hantu selongkar ni.  Cuma Eka melakukan sedikit carian untuk mendapatkan tahun-tahun dan ejaan yang betul untuk nama Ratu Perancis di atas. 

  Mungkin ini yang dikatakan LAW OF ATTRACTION. Sering kali terpandang orang mengayakan handbag LV, hati Eka berkata, "Aku mesti dapatkan satu di PARIS"... Sound so poyo kan. Tapi berbaloi. 

LV Speedy ?
LV Pont Neuf ?
LV Trevi ?
LV Lockit ?
LV Alma ?

Tiada impian akan tercapai tanpa keinginan. 

~Wasalam~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...