PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MARINE ESSENCE PASIR GUDANG

Thursday 24 October 2013

KOREA - DAY 1


              Last minit punya orang! 
Esok nak pergi harini baru kemas beg, tukar duit, cari seluar hijau dan macam-macam lagi. Dan minggu-minggu sebelum nak bercuti tu, Sabtu dan Ahad Eka masuk ofis bagi menyiapkan persediaan untuk Audit 2013. Sekurang-kurangnya bila naik kerja nanti, boleh terus panggil auditor datang sahaja. 

            So seperti yang tertera di surat pemberitahuan, Eka dan GLAMPRENEURS yang lain akan bertolak pada 16 September 2013 (Isnin). Masa berhimpun pukul 8.00 malam di KLIA. So Eka dan business partner Nuyin,Amad dan Nana decide untuk bertolak selepas Zohor. 

Kira-kira memang sempat sangat untuk sampai KLIA sebelum pukul 8.00 malam. Tetapi nak dijadikan cerita rupa-rupanya sepanjang highway dari Kulai ke KL jem teruk. Kereta bergerak 50-60 km/jam. Adussss. Berpeluh kitaorang dalam kereta ni takut tak sempat tiba. Berpeluh pun, tidur je pun semua orang! Amad yang drive. Ahahaha.


          Dah la punya excited nak terbang ni. Masing-masing dah bersemangat pakai seluar hijau dan T-Shirt GLAM! Masing-masing asyik cakap

 "Macam tak caye la kita dah nak pergi ek! Esok pagi kita dah ada kat KOREAAAAAAA". 
Memang super excited!!!!

           Entah dah berapa kali tidur dan bangun tapi tak sampai-sampai juga. Bayangkan dari pukul 2 petang di Kulai, kami tiba di RnR Seremban ketika azan Maghrib. So yang penting solat dulu. Walaupun dah terlambat gile tapi kitaorang sempat juga pergi makan.Muahahahaha. Sebab memang perut lapar giles! 

Time makan pun nak kecohkan! Kena makan nasi banyak-banyak takut kat sana tak jumpa nasi. Eka sempat juga bungkus roti, kuih pau dan macam-macam lagi. Yela, kot-kot lapar ke dalam flight nanti. 

         Sampai di KLIA lebih kurang 8.10 malam. Hauuuuuuuuu. Terus bergegas cari Mami Fazi and GLAMPRENEURS yang lain. Nasib sempat, masing-masing tangah check-in laugage rupanya. Dan tengah posing-posing snap picture.  
We all yang baru tiba dengan muka berpeluh-peluh ni, tetap juga menyelit nak ambil gambar. 



       Di KLIA ni adrenalinku dah tak tentu arah. Berdebar-debar tau! Dan rasa excited sangat untuk menikmati FOC Trip Eka kali ke 4 ni. Kali ni bawa business partner lagi. Harus la lebih teruja.

Tiket Free!

Untuk ibu mengandung 7 bulan macam Eka ni  travel 6-7 jam dalam flight macam mana la agaknya kan. Oh ya, dah siap pesan kat Nana awal-awal. "Kalau akak sakit pinggang, Nana yang kena picitkan tau!'' 

Hahahahaa
Bersabar je la Nana dengan haku!

Kami bersama Mami Fazi kesayangan

Kat belakang-belakang tu memang gelombang hijau dari GLAMPRENEURS seramai 160 orang. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing. Punya la gamat kat KLIA tu dek suara-suara kita ni. 



Wah kau Nuyin, sedap sangkut siku kat bahu mak!
Ahahaha.

Ni merupakan FOC Trip pertama Nuyin dan suaminya Amad. 
In Shaa Allah lepas ni lebih lagi Nuyin akan dapat. 
Mesti follow the leaders!

Love this picture so much!
Mungkin pada orang lain biasa, tapi pada Eka seribu kemanisan dapat berjumpa, berkenalan, berkawan dan buat business bersama-sama mentor Eka - CDM Fazi.
Susah senang Eka dalam business dia tak pernah tinggal.
Malah sentiasa bagi moral support untuk Eka lebih berjaya.
Rasa nak nangis bila tengok gambar ni lama-lama. 

Savvybees Johor!





Kali ni memang cuaca tak berapa elok. 
Seram I tau bila flight tu goyang-goyang dengan begitu kuat.
Dah la 1/2 jam sekali Eka kena bangun ke toilet.
Ada 1 masa tu, memang dah tak tahan sangat nak terkucil tapi terpaksa ku tahan JEBAT!


Lepas 6 jam, kami pun tiba di Incheon International Airport, Seoul.
Alhamdulillah
So breathtaking
Sana sini orang bermata sepet sahaja.
Hihihihihi.
Termasuk la we all yang sepanjang perjalanan mentidokan diri ini.

Muka bangun tidur
Sila abaikan lenganku yang gebu-gebu itu ya.

Waktu di KOREA cepat 1 jam berbanding Malaysia.
So bila kami arrived around 5.30 pagi, cuaca sudah terang gila.

GROUP PHOTO
BUS C3

Savvybees in KOREA
Lepas pic ni baru we all ke toilet cuci muka dan gosok gigi.
Ahahahaha.

Part nak membuang air ni la yang jadi masalah. 
Tapi bukan masalah besar pun.
Terpaksa la kami bawa botol kosong setiap kali nak buang air.
Dalam toilet cuma ada tisu je.
Tapi yang peliknya. 
Toilet kat Korea ni sikit pun tak berbau hanching macam kat tempat kita ni.
Bau busuk pun tak da.

Dan paling pelik bila kita yang tengah membuang apa yang patut dalam toilet ni, tapi toilet sebelah-menyebelah ni dah 3-4 kali orang keluar masuk.
Sekejap gile. 
Ye, memang aku dengarkan je!
Ahahhaha.

Kalau korang buat lantai basah-basah, siap la kena bebel dengan aunty cleaner yang garangssss tu.
Sekali dia jeling, terus korang rasa tak nak buang air lagi dah.
Muahahahahaa

Dari airport kami di bawa terus untuk brunch di Itaewon,Seoul.
 Sebab sudah agak lewat untuk breakfast.
Perjalanan dari airport ke Seoul mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan permulaan musim gugur yang sangat cantik.
Menurut tour guide kami, Lucy - Musim Gugur merupakan waktu paling best untuk melawat Korea. 
Sebab cuaca tidak begitu sejuk atau panas.

Menurut Lucy, cuaca waktu pagi sekitar 17 degree tapi disebabkan Eka sedang mengalami peningkatan haba badan ni, tak terasa pun 17 degree tu. 
Selamba je boleh pakai baju lengan pendek.
Wink Wink.


Tak sempat nak snap picture pokok.

Itaewon, Seoul ni macam 1 street yang banyak jual makanan halal. 

Kedai kebab bersepah-sepah

Kebanyakkan peniaganya berketurunan Arab/Pakistan gitu. Dekorasi kedai mereka memang the vass.
 Macam makan dalam palace. 
Dan kedainya bawah tanah. 


So kena turun tangga curam ke bawah.
Setiap kedai memang WIFI free bersepah-sepah. 
Tak macam tempat kita, semua berpassword.


Masing-masing bila dah dapat Wifi mula la nak anti-sosial walaupun dengan orang sebelah.


Apa yang seronoknya bila melancong dengan Hai O Marketing ni, kita tak perlu risau-risau tentang part makan.
Comfirm company akan sediakan makanan halal terbaik untuk kita.




Bila dah masuk kedai macam ni menunya harus la kari,dhal,roti,dan nasi.
Alhamdulilah. 


Kari dan nasi beriyani nya memang superb!
Tapi mak tak boleh la nak tambah banyak-banyak-Perut tak muat!
Yang lain memang bertambah-tambah sebab selepas ini seisi melontar peluru berpandu (Shopping)
So kena la ada tenaga zahir dan batin.
Otak pun kena cekap nak convert-convert duit ni supaya tak tertipu.

Budak ni la yang makan bertambah-tambah tu. 
Kikikiki

Selesai makan, kami dibawa untuk bershopping di DOOTA MALL,DONGDAEMUN.


Kat mall ni semua yang uolls nak semua ada. 
Setiap level hanya jual barangan tertentu seperti pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak,souvenir dan lain-lain.

Eka cadangkan sesiapa yang ke Korea untuk terus shopping souvenir di sini sebab MURAH.
Eka beli agak banyak juga.
Tapi memikirkan mungkin bila pergi tempat lain harga lebih murah, so tak la beli habis-habisan di sini.
Tapi sememangnya menyesal tak terus borong di sini, sebab memang murah banyak berbanding tempat lain. 

Pekerja-pekerja kedai ni pun terdiri dari orang Indonesia, so sangat mudah nak bertanya tentang harga.
Rasanya tokey kedai tu pun dah tahu cakap Indon, sebab muka Korea tapi bahasa Indon yang keluar.
Masa shopping di sini memang pack dengan GLAMPRENEURS.
Sana sini orang berseluar hijau.


Masing-masing bershopping sampai angkut 2-3 bakul untuk souvenir sahaja.
Shopping pun pakai ambil-ambil je.
Nampak je yang berkenan, terus mintak 3-4 pack dari pekedai.
Sekejapan je bakul dah penuh.
I tak kira, walaupun perut boyot-boyot tetap bersesak dalam tu juga.
Semua orang ke tepi beri laluan.
Hihihihihi.

Hasil shoppingan
Berat giles hokey
Chopstick  dan sudu besi je berapa batang haku beli


Masa bershopping 3-4 jam yang diberikan memang rasa sekejap sangat.
Tak sempat nak meninjau lebih jauh dalam Doota Mall ni.
If uolls nak tahu fesyen-fesyen pakaian, kasut dan handbag di sini memang gempak.
Ala macam uolls tengok artis K-Pop tu.
Materials memang jauh lebih bagus dan berkualiti berbanding di Malaysia.
Harga pun not bad. Tak la mahal sangat. Biasa je.
Tapiiiiiiiii, saiz tu yang susah nak carik.
Pergi bahagian maternity pongggggggg, legging dia saiz-saiz Kak Tina je.
Orang Korea kurus!
Cesssssssss.
Sentap mak tau!
Baju-baju lagi la jangan cakap.
So, cuci mata sahaja ok!


Settle menyoppingkan diri, kami dibawa ke Hotel untuk check-in dan bersiap untuk Gala Dinner.





Masa ni baru la terasa kaki ini seperti tidak boleh berpijak di bumi yang nyata.(SAKIT+LENGUH)

Mata pun mengantuk yang amat. Tapi rupanya cuma ada 1 jam lebih untuk kami bersiap dan terus ke Gala Dinner.
Waaaaaaaaaaa, tak sempat nak tidur.
Tapi Gala Dinner antara part yang tak boleh miss.
Rugi nanti sebab time ni la kami sebagai EXCELLENT ACHIEVERS diraikan.


Hiburan dari artis K-Pop

 Lagipun akan ada suntikan semangat untuk next FOC Trip dan makanan yang disajikan pasti the BOOM!


Makanan memang ofcoz tak sempat kita nak take picture kan.
Tapi memang semuanya lazat-lazat.
Yang jarang jumpa dan tak pernah jumpa pun ada.
Memang pesta makanan sungguh.
Di tambah lagi dengan persembahan dari artis K-Pop, walahhhhh.

Malam tu semua memang sporting habis.
Dari CDM Razali hingga la ke GM kami Mr Teoh.
Gangnam style katanya.
And 1 dewan tu bergangnam.

GREEN LEADERS ACADEMY MALAYSIA

That it's for day 1 in KOREA.
Baru hari pertama, walaupun letih tapi sangat seronok dan happening.
Tak terasa kepenatan, dah baring-baring baru rasa sakit sana sakit sini.

Nana, mana Nana ni orang nak minta picit buat-buat tidur pula dia eh.

See u in next entry!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...