PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MARINE ESSENCE PASIR GUDANG

Thursday 1 August 2013

My Birthday Celebration and Diamond Night 2013

   

      22 June 2013 was my 30th birthday. 
Alhamdulilah.

As usual Eka memang tak meminta apa-apa dari Mr Hubby sebab kalau nak minta apa-apa anytime je boleh. Mr Fuad bukan la orang yang romantik pandai nak surprise-surprise, biasanya dia akan tanya je 

"Mama nak hadiah apa? Kalau papa bagi duit je boleh x?" (Aku memang suka!)

Sebab kalau dia belikan mengejut ,Eka kan banyak cekadak, itu tak kena ini tak kena. 

Penah dulu, lepas Eka habiskan Degree, bila sampai rumah dia ada buat surprise belikan gelang emas tanda meraikan kejayaan Eka. Tapi esoknya kitaorang pergi balik kedai emas untuk tukar paten yang Eka suka. Ahahaha

Sebenarnya bila dapat wish and kiss dari suami dan anak-anak pun Eka dah cukup bersyukur. 
Eka bersyukur sangat-sangat dikurniakan family yang sangat bahagia ini. 

Tetapi untuk birthday Eka yang ke-30 ini, ada sesuatu yang special menanti.

 Segala achievement Eka dalam business Premium Beautiful bersama GREEN LEADERS ACADEMY MALAYSIA diraikan pada tarikh ini.
Kebetulan!!

Masa tahu tarikh untuk DIAMOND NIGHT 2013 Eka memang dah teruja sebab tak sangka ia akan dibuat pada 22 June 2013. 

Walaupun sangat-sangat teruja, tetapi kekangan tugasan membuatkan Eka tidak dapat membuat preparation sebaiknya. 

Orang lain 3 bulan sebelum dah siap-siap tempah baju dengan designer, Eka pula tak sempat-sempat nak fikir tentang perkara tu. MUA pun last minit dapat. Asal boleh je kan Eka ni. Tapi syukur semuanya ok.

Tetapi yang paling Eka happy sekali ialah bila Eka akan naik stage bersama rakan kongsi Eka - PUTRI NUYIEN. In Shaa Allah untuk next year lebih ramai lagi yang akan naik. 

Award pertama -CAR FUND
Yang ku idam-idamkan

Thanks ibu, sebab tolong jahitkan dress ni last-last minit.
Cantik, selesa! 
And paling penting ada yang tanya, "U buat baju dengan designer mana?"
Weeeeeeee


Award kedua- Diamond Sales Manager

Tahniah Atie, Nuyien dan Kak Ayu






Putri Nuyien asyik tersenyum je malam tu! 
Cantikssss

Para suami yang menjadi tulang belakang kami di dalam business
Thanks

Antara rakan kongsi Eka yang hadir
Kebanyakkannya dari Johor
Thanks uolls. 
Next year turn uolls pula!






Kejayaan-kejayaan kecil yang Eka kecapi ini adalah hasil tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bagi oleh leader Eka iaitu CDM Hanis Haizi, CDM Razali dan CDM Nurfaziha.
Thanks!!

Me, CDM Hanis Haizi and CDM Nurfaziha

Me, CDM Nurfaziha and CDM Razali

With CDM Fazi tersayang

Terlalu banyak ilmu  dan sokongan yang Fazi berikan pada Eka. 
Tak berbalas rasanya. 
Eka siapkan kejayaan kecil ini untuk buat Fazi berbangga.


GLAM JOHOR

Dan yang paling tidak harus dilupakan ialah Mohd Fuad Othman.
Suami tersayang, yang sentiasa percaya dan memberi ruang pada diri Eka untuk mengejar impian (Selepas Eka bawa beliau melancong dengan percuma!)

Kita cenderung untuk galakkan anak-anak kita mengejar impian, kita pula bagaimana?
Bagaimana kita boleh menyuruh anak-anak kita mengejar impian mereka, sedangkan kita sendiri takut untuk mengejar impian kita.


Mula-mula buat business dulu memang beliau tak pernah menyokong. 
Dah la tak sokong malah downkan Eka lagi. 
Tapi, Eka think positif, tak kan la sebab suami aku tak bagi, aku tak nak kejar impian aku. 
Sebab dia, aku kena pendam hasrat aku.

Eka nak tolong Ibu, nak tolong adik-adik, tak kan sebab suami tak bagi buat business, Eka tak dapat beri lebih untuk family.
Ini tak adil namanya.
Langsung tak adil! 
Selagi ibu ada, selagi tu Eka nak gembirakan dia dan berbakti pada dia.
Sekurang-kurangnya bagi la peluang, untuk tengok wife dia ni hebat ke tidak.
Then Eka buat je!! 
Lepas tu paksa dia bagi IZIN! 
Ahahahaha.
Kejamkah aku??
Eh, tu kan suami kita, kita lagi tau nak pujuk dia macam mana.

Eka buat sampai jadi dan menjadi-jadi.
Bukti demi bukti Eka tunjukkan pada dia.

Dan sekarang dia penyokong No 1 Eka buat business.
Betul la orang kata "BUKTI SAHAJA YANG BOLEH BERKATA-KATA''



Eka berjanji pada diri sendiri untuk bawa lebih ramai rakan kongsi naik pentas tahun depan. 
Apa yang Eka dapat, comfirm mereka akan dapat juga tetapi mestilah berserta sabar dan usaha. 

Birthday ke-30 yang Eka lalui dengan penuh warna-warni.
Alhamdulilah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...