PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MARINE ESSENCE PASIR GUDANG

Wednesday 24 July 2013

Sahur



    Dah berapa hari kita berpuasa??? Tahun ni memang tak kira langsung. Yang tahu siap-siap untuk bersahur kemudian buat urusan harian dan siap-siap untuk berbuka. Ok sekejap tengok kalender. OMG dah 15 hari berpuasa!!! Tak perasan sungguh!


    Means lebih kurang 15 hari juga la lagi untuk kita menyambut raya. Eh, rasa tak cukup hari pula. This week nak balik Saujana untuk kemas-kemas dan membersihkan apa yang patut untuk sambut raya. Maklum la orang ada 2 rumah, sana sini nak kena jaga. Tahun ni tiada apa-apa penambahan perabut baru di rumah Saujana, sebab rumah dah penuh! Walaupun hati meronta-ronta nak tambah kabinet-kabinet kayu jati dari dari Sri Keraton. Ahahahaha. Eh tapi tak tahu juga kot-kot last minit punya kegilaan datang.


Sila abaikan bantal-bantal tempat kami golek-golek itu.

    Tapi tahun ni untuk rumah Bukit Dahlia kita buat special sikit. Ada la sesi-sesi mendeko itu ini untuk meraikan Hari Raya dan menyambut tetamu. Cewaahhhh. 

    Dan rasa perlu beli mesin potong rumput supaya tak membazir tiap bulan panggil mat bangla potongkan rumput. Lepas tu bateri kereta lama semua kena kebas! Cesss... 



    Ala kadar je pun tahun ni, sebab semakin hari, Eka rasa diri lebih matang dalam menguruskan hal-hal rumah tangga. Sesuaikah ayat ku begini walaupun sudah 12 tahun berkahwin. Lalalala. Tak nak membazir-bazir. Lebih baik sedekah pada yang memerlukan , buat simpanan sebanyak yang mungkin dan membeli asset-asset yang boleh generate income pasif bila kita dah tak mampu bekerja lagi. 


    Scrol balik tajuk, oh sebenarnya nak cerita tentang BERSAHUR. Tahun ini merupakan tahun yang Eka rajin betul nak menyiapkan juadah bersahur. Memang berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Bagus la kan? Sebab kita improve diri kita dari masa ke semasa. Kalau dulu bukan main liat nak bangun tapi kali ini senang sahaja. Syukur urusan Eka dipermudahkan.


    Kali ini memang tidur di bawah, depan tv dan bentang toto sebab takut tak terjaga untuk masak. Itu pun selang sejam terbangun untuk tengok jam. Sampai awal-awal puasa haritu Eka kena migrain. Mr Papa dan Adam pun temankan mama tidur bawah. Tapi badan sakit-sakit la sebab tidur atas toto je pun. 

    Abang kakak pula memang tak cerewet. Bangun pun senang. Panggil je nama diaorang sekali dua dari bawah, kejap lagi mesti diaorang turun. Kak Tina semangat nak tolong cedukkan nasi dan tuangkan air. Masing-masing makan pun memang berselera. Hidang je la apa pun. Semua diaorang ngap! Memang tiada istilah makan sambil tersengguk-sengguk atau termenung-menung depan nasi. 


    Menu kami sememangnya nasi dan lauk-lauk la, air milo/horlick/fresh milk dan kurma. Kurma wajib ya. 

    Tips nak bagi anak-anak makan kurma ialah "Takut-takutkan diaorang dengan kelaparan maha dahsyat di siang hari dan tak ikut sunnah nabi, pahala kurang!" Ahahahahaha. Terus makan kurma laju-laju!

    Masa puasa pertama hari itu Eka bercadang bersahur di rumah ibu. Kunun-kununnya nak datang malam, tapi disebabkan cerita kat tv best dan habis sampai pukul 1, maka kami tidur je dulu. Ibu call tanya jadi tak nak sahur sana. Opkos la jadi! Pukul 3.45 pagi Eka terjaga, terus kejut anak-anak dan papa anak untuk bergerak ke Scientex. Ewah, mentang-mentang rumah ibu sebelah taman je kan. Sampai kul 4 tengok dari luar dapur ibu dah terang. Weeeeeee. 

    Masuk rumah je dah bau ibu tengah rebus daging. Wink wink. Kegemaran kami! Terus tolong-tolong apa yang patut. So menu bersahur kami pagi itu ialah nasi, daging goreng kunyit, pecel jawa, salad+tauhu+ sos cili (apa kah namanya?), pucuk ubi celur, sambal belacan asam jawa, kurma dan air milo. 


Gambar dari google. Diari Zaliedana

    Nampak tak synchronize kan menunya. Sebab melibatkan 8 orang yang ada tekak berbeza-beza! Tiba-tiba ada pucuk ubi celur dan sambal belacan di pagi hari tu sebab ikut tekak daku. 

    Sepanjang 15 hari berpuasa ni menu yang nampak abang momol bertambah-tambah nasi time sahur ialah bila ada ikan goreng garing-garing. Buat masin sikit biar selera terbuka. So biasanya lauk kami ialah ikan gelama goreng, kacang panjang goreng, kacang buncit pecah telur, telur dadar, sup soon dan kentang, ikan masin, sambal hijau jawa, telur mata masak kicap, sambal telur pecah ataupun lauk berbuka yang lebih dipanaskan. Gigih mama menumbuk bawang+lada nak buat goreng sayur di pagi hari tau! So far lom jumpa lagi ikan bilis goreng ngan bawang dan lada cili. Meleleh air liur ni wei!

    Ok, lepas ni rasa nak buat entry berkenaan program Green Leaders Academy Malaysia baru-baru ini. Banyak tak sempat nak cerita lagi. Dari Diamond Night (i amik kunci kereta uollsss), Dynamic Enterpreneur Program, Glow, Ifftar di JW Marriot Hotel, dan macam-macam lagi. 

                                     Jangan skip Sahur ok!




    
   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...