Assalamualaikum kawan-kawan. Eka dah selamat tiba di tanah air tercinta. Hihihi. Tiada jetleg juga tidak demam. Mungkin belum lagi kot. Cuma muka Eka naik jerawat besar-besar dan menyakitkan. Grrrrrrr. Sejuta kemanisan yang Eka dapat pada trip kali ini. Mungkin orang lain pun pernah ke London dan Paris tetapi mungkin tak dapat pengalaman macam yang Eka dapat ini. Pengalaman stranded 36 jam sebab salji In Shaa Allah akan Eka kongsikan nanti.
So, macam yang kawan-kawan tahu, Eka bertolak pada 8 March. Kami berkumpul di Klia pada pukul 5 petang pada hari tersebut. Sebelum itu atas persetujuan bersama kami akan pakai baju hijau dan seluar pink beramai-ramai. Super cute hokey bila mak-mak orang ni berseluar pink bagai.
Dasar kuat tidur
Bantal bucuk Zurai!!!!
Masa dalam flight sehingga la tiba di airport London, Eka masih blur-blur. Betul ke aku nak ke London ni? Tak ada rasa langsung sebab rasa macam tak percaya. . Hahaha. Abang Arman merakamkan detik-detik lakonan hebat kami itu.
Bas, driver bas dan tour guide dah sedia menanti kami. Bermula la perjalanan kami ke Kota London. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan kampung-kampung dan pekan-pekan kecil. Rumah-rumah bergaya Victoria di sana-sini. Cuaca sangat sejuk dan lembab. Sangat cantik sekali.Oh, heaven! Pokok-pokok hanya tinggal dahan dan ranting sahaja. Tiada daun. Selama ini puas Eka lihat di tv sahaja, tapi kali ini dapat tengok live. Alhamdulilah.
Sepanjang perjalanan Eka tersenyum-senyum kerana terlalu seronok menikmati keindahan alam.
Lebih kurang pukul 11pagi kami tiba di Kota London. Terus dibawa ke London Eye. London Eye ni lebih kurang macam Eye On Malaysia. Sangat tinggi hokey, 135 meter. Seram juga bila tengok dari bawah. London Eye terletak di tepi sungai THAMES dan merupakan Ferris Wheel tertinggi di negara Eropah. Semestinya menjanjikan panorama yang sangat indah. London Eye terdiri dari 32 buah kapsul yang mewakili 32 buah daerah di London. Setiap kapsul seberat 10 tonnes ini boleh menampung sehingga 25 orang pada satu-satu masa. Eka difahamkan orang ramai boleh menyewa kapsul ini untuk memyambut Valentine Day atau untuk proposed pasangan mereka. Tempat terbaik tentulah ketika kapsul tersebut berasa di puncak tertinggi yang melambangkan klimaks dalam setiap hubungan pasangan bercinta. Gitewwww.

Setiap pusingan kapsul ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. Panorama yang dijanjikan adalah Palace of Westminster dan Big Ben di sebelah kiri, Charing Cross railway station di bahagian tengah dan Waterloo Railway Station di bahagian kanan. Dari kejauhan kelihatan bas-bas merah simbolik kepada Kota London bergerak perlahan di celah-celah kenderaan yang lain. Kota London sangat bersih. Dalam fikiran Eka memang dah terbayang-bayang yang Eka pasti mengunjungi tempat ini lagi bersama anak-anak. Eka dapat lihat rasa puas terbit dari muka rakan-rakan yang lain. Jom kita view sebahagian picture yang Eka sempat snap semasa berada di London Eye.
Oh ya, sebelum kami menaiki London Eye, kami dibawa menonton 4D Movie. Movie ini berkisar tentang sejarah pembangunan Kota London. Dah nama pun 4D kan, jadi ada la air-air, panas-panas, wangi-wangi sepanjang menonton tu. Menjerit-jerit la kami dalam theater tu. Kemain lagi burung tu nak menuju ke kita. Eka siap nyorok-nyorok muka kat Mami Fazi. Ahahahaha....Redha je Fazi dengan haku! LOL
Seterusnya kami dibawa menjamu selera di Restoran Melur yang terletak di 175a Edgware Road, Paddington. Pemiliknya orang Melayu Malaysia. Dahulunya Restoran ini dikenali sebagai Restoran Mawar. Selepas bertukar pemilik namanya juga ditukar. Sajian yang disediakan sangat-sangat membuka selera. Ada rendang daging, kari ayam, sayur campur, sambal tumis sotong dan macam-macam lagi. Bayangkan la, dengan cuaca yang cukup sejuk, perut yang lapar dapat pula makan nasi dengan lauk pauk yang sedap-sedap. Memang sedap, buktinya bila tak ada satu gambar pun yang sempat di snap. Hahahaha.



Eka rasa beruntung setiap kali berjalan dengan Syarikat Hai O Marketing. Syarikat cukup-cukup menjaga keperluan kami dari pelbagai sudut. Makanan yang disediakan sudah pasti halal supaya kami tidak ragu-ragu.

Pit stop seterusnya adalah Regent Park Mosque untuk kami menunaikan solat jamak. Eka difahamkan di sini la tempat Dodi Al Fayed di sembahyangkan selepas terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya dan mendiang Puteri Diana. Cuaca tersangat sejuk ketika ini sampai kebas-kebas jari tangan. Eka dapat lihat ramai wanita berketurunan Arab yang menetap di Kota London bersembahyang di sini. Cantik!! Oh ya, Eka suka betul kalau dapat terserempak dengan orang Arab sebab mereka berbau wangi.
LOL.
Tak pasti perfume apa yang digunakan, yang pasti mereka mempunyai bau yang sama.




Kemudian kami bergerak ke Buckingham Palace iaitu kediaman rasmi Ratu British. Ia terletak di City of Westminster dan berusia lebih kurang 300 tahun. Ada 775 buah bilik, 1514 buah pintu , 60 tingkap dan 40,000 mentol di dalam istana ini. Setiap 6 minggu sekali semua tingkap akan di cuci -(Pengetahuan am- ET FATIHAH , mesti ko tak tahu kan! hahaha). Rumah pekerja istana juga terletak berhampiran Buckingham Palace dan sangat cantik kawasannya. Setiap tahun lebih kurang 50,000 orang dari seluruh dunia datang melawat Buckingham Palace ini. Eka dapat bergambar di hadapan gate dan bertentangan tepat dengan balkoni di mana Putera William dan Kate Middleton bercium. Weeee...





Tahun 2013 ini merupakan tahun ke-60 Queen Elizabeth memerintah United Kingdom. Beliau ditabalkan menjadi queen di Westminster Abbey ketika berusia 27 tahun. Ini merupakan antara pemerintahan paling lama dalam sejarah beraja United Kingdom selepas Queen Victoria. Kini Queen Elizabeth berusia 87 tahun. Menurut tour guide kami - Alex, warga emas di United Kingdom yang dapat mencapai berusia 80 tahun akan mendapat surat istimewa yang ditulis sendiri oleh Queen Elizabeth dan bagaimana Queen Elizabeth masih kekal sihat walaupun berusia 87 tahun kerana BUATAN ENGLAND MEMANG BAGUS. Cessssss!!!



Terdapat 7 buah istana di sekitar Kota London. Means Queen Elizabeth, Putera Charles@Prince of Wales dan Putera William tinggal berasingan. Mati-mati selama ini aku ingat diaorang tinggal satu istana. LOL.
Untuk dinner pula, kami makan di Holiday Villa. Sebuah bangunan lama bergaya Victoria yang masih kekal dengan keaslian dan kecantikkannya yang tersendiri. Macam-macam makanan yang sedap disediakan. Dengan cuaca yang sejuk perut memang sentiasa minta di isi- sekali lagi lupa nak ambil gambar makanan.
Mami Fazi bulat-bulat mata dapat makan Carrot Cake kegemarannya. Eh bukan Carrot Cake je, semua cake memang dia gemar. Hihihihi.


Tempat penginapan kami sepanjang 3 malam berada di Kota London ialah di Holiday Inn Kensington City. Kensington merupakan kawasan kegemaran mendiang Puteri Diana semasa hidupnya. Orang-orang kaya di Kota London tinggal di kawasan Kensington dan rumah-rumah mereka sangat cantik. Kiranya kalau di KL, Kensington ni macam area Damansara ya.



Oh, tak habis lagi ceritanya ya kawan-kawan.
Sabar-sabar, ni baru Day 1 GLG in London. Hihihii
Walaupun begitu penat tetapi tahap keterujaan kami masih membuak-buak. Selepas check-in hotel , Eka and the gang keluar untuk menikmati pemandangan malam di Kota London. Merasa la naik teksi London yang classic itu. Masuk je teksi terus 3 pound. Well, whose care? Yang penting dapat naik.


Dah penat berjalan dalam kesejukkan dan membeli belah segala fridge magnet, keychain tok nek bagai kami mengeteh di satu kedai arab yang Eka dah lupa namanya. Waiternya sangat ramah, memula kami tertinjau-tinjau di depan pintu- Halal ke?, tetiba dia muncul dan terus ajak kami masuk. Halal halal katanya.






Jom kita tengok gambar-gambar lain yang sempat Eka snap. Ini la Kota London pada waktu malam.
Suhu sangat sejuk ya. Ketika ini lebih kurang -2 degree. Cool? Macam nak beku satu badan masa tengah berjalan-jalan tu, tapi nak datang London selalu kena la biasakan diri. Ahahaha.








End of the day, kaki ku sakit-sakit. Bukan melecet tetapi penat. Waaaaa, baru Day 1.
Ada 7 hari lagi nak berjalan
Dan 'Waaaaaaaa' sekali lagi sebab baru update blog untuk Day 1.
Fuhhhhhhhhh.
Kena buat secepat mungkin ni sebelum ingatan ku di London dan Paris dihilangkan dengan nombor-nombor sebaik sahaja check-in di Ofis Taman Molek nun.
Sekian kawan-kawan, jumpa lagi.
Assalamualaikum




















No comments:
Post a Comment