PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MARINE ESSENCE PASIR GUDANG

Monday 22 April 2013

YOUR TIME IS LIMITED




Jangan bazirkan lebih banyak waktu sedangkan umur kita semakin hari semakin meningkat tua. 

Let's say sekarang umur kita 33 tahun, tinggal 7 tahun lagi je lagi untuk genap 40 tahun.

Apa pandangan kita pada makcik pakcik atau orang sekeliling kita yang sudah berumur 40 tahun?

Yang terlintas difikiran kita pastinya sudah tua/sudah berumur/vateran dan macam-macam lagi.

Imbas kembali apa perkara terbaik yang pernah kita lakukan untuk diri kita selama ini.

Tak susah, cuma perlu lihat sahaja apa yang kita miliki pada hari ini. 

Kemudian bandingkan kehidupan kita dengan rakan-rakan di sekeliling kita. 

Oh ya, jangan bandingkan dengan rakan yang lebih kurang kita ataupun kurang daripada kita.

Bandingkan dengan orang yang punya kehidupan lebih bagus.

Nah, rasa tak yang kita telah bazirkan begitu banyak waktu selama ini. 

Masa muda kita yang cukup berharga telah kita lepaskan begitu sahaja daripada melakukan perkara-perkara yang HEBAT. 



BERUSAHA KELUAR DARI COMFORT ZONE!

Mulut kata comfort tapi hati kata TIDAK!

Mulut kan jahat, tapi cuba tanya hati kita paling dalam, apa yang kita MAHUKAN, apa yang kita IMPIKAN, apa yang kita IDAMKAN.



Jadi, tak lah orang pakai apa jelingan maut diberikan. 
Konon-konon tak nak pandang tapi curi-curi pandang. 
Esok beli benda yang sama tapi cap Pasar Borang Pandan!
Gaji 7/8 ratus tapi selera macam 7/8 ribu.
Ini ayat my bff -Mint Norazah. 
Rindu kamo!

Bukan la kehidupan yang mewah Eka maksudkan, tapi kehidupan yang dapat menjamin masa tua kita. 

Di mana kita punya rumah yang selesa untuk anak cucu, saudara mara datang bertandang, kenduri kendara. 

Simpanan wang yang cukup untuk masa sakit kita dan waktu kecemasan.

Tak kan la nak bekerja sampai tua kan.

Masih kuat kah kita.

Bagaimana pula jika anak-anak masih memerlukan sokongan kewangan kita untuk melanjutkan pelajaran.

Sekarang mungkin ada PTPTN, tapi akan datang tahukah kita sama ada PTPTN masih ada atau tidak?

Dengan kos hidup yang semakin meningkat dan selera kita juga yang semakin meningkat, logik kah sekiranya mahu membuat saving menggunakan gaji kerja hakiki kita?




Bayangkan la, dengan gaji yang ada, itu la yang digunakan untuk membayar rumah, kereta, bil-bil api air astro, bil telefon, makan minum, petrol, keperluan anak-anak.

Dan pada yang menjaga ibu bapa pastinya perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk merawat orang tua. (Ini tak apa, boleh dapat pelepasan untuk INCOME TAX.)

Cuba kita lihat anggaran perbelanjaan yang Eka biasa dengar dari kawan-kawan Eka. 


Baru sampai pampers dan susu gaji dah negatif.

Macam mana pula dengan orang yang bergaji cuma RM700-800. 

Kalau setiap bulan negatif, cukup satu tahun macam mana?




Zaman sekarang memang tak logik jika kita nak Cut Expenses. 

Contoh ,harga minyak dan ayam naik, tak kan la kita tak nak isi minyak kereta. Tak kan lah kita tak makan ayam. 

Apa yang kita boleh buat ialah TAMBAH PENDAPATAN!

Jika suami kita tak nak buat, kita la yang kena buat.  


Jangan TAKUT dan MALU untuk melakukan sesuatu yang HEBAT untuk family kita. 

Suami akan lebih bersyukur dan lebih menghargai kita, bila punya isteri yang dapat meringankan bebannya. 

Anak-anak akan bangga bila punya ibu bapa yang membuat pengorbanan untuk  memberikan segala yang TERBAIK untuk mereka.



Sesungguhnya demi masa, manusia adalah rugi. 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...