Dah cycle 3!!!!!!! Setahun yang lepas Eka datang sendiri je. Masa tu tengok semua orang bawa rakan kongsi yang ramai. Dalam hati tertanya sendiri "boleh buat ke aku ni???" Masa tu Eka baru bergelar Sales Manager. Kali ini Eka datang menemani rakan-rakan kongsi untuk mendapatkan ilmu pula.
Alhamdulilah.
HOLIDAY INN, GLENMARIE
10.11.2012
Seminar yang dianjurkan oleh GREEN LEADERS GROUP ini bertujuan untuk memberikan ilmu/cara/tunjuk ajar yang lebih jelas lagi tentang apa peranan kita sebagai SALES MANAGER dan SENIOR SALES MANAGER. Senang kata, assignment sepanjang bergelar SM\SSM.
Kalau tak ada ilmu dan tak jelas dengan apa yang perlu dilakukan, mesti kita macam blur-blur je kan? So, di sini segalanya dikupas dan diterangkan. Sebab tu orang yang tak tahu nak berbisnes pon masih boleh menjadi-jadi dengan bimbingan dari GREEN LEADERS GROUP
Seramai 300 orang dari seluruh MALAYSIA. Kalau ikutkan ramai lagi, tapi memandangkan kami tidak dapat mencari tempat untuk memuatkan lebih ramai orang berikutan dewan-dewan telah dibook oleh para pengantin-pengantin- Yelor kan cuti sekolah dah bermula, makanya ramai orang nak kawin time-time gini.
GELOMBANG MERAH DI BALLROOM A HOLIDAY INN,GLENMARIE
Tahun lepas speaker adalah dikalangan CDM-CDM otai under CDM HANIS HAIZI seperti CDM MAISARAH IBRAHIM dan CDM SALHA ZAIN. Tapi kali ini disampaikan oleh CDM-CDM baru lahir under GREEN LEADERS ACADEMY GROUP.
5 TOP SPEAKER SHARING 5 UNIQUE BUSINESS TOPICS
Slot pertama disampaikan oleh CDM ADIBAH KARIMAH dengan tajuk 'TAKWIM SYARIKAT'. CDM Adibah ni memang cukup-cukup bersemangat. Bayangkan beliau sekarang sedang pregnant 8 bulan tapi masih boleh menyampaikan tugasan beliau dengan cukup berkesan dan bersemangat. Eka rasa macam time tu juga nak keluar dari dewan untuk buat business. Hihihihi. Bila dah tahu takwim syarikat, kita akan nampak lebih jelas hala tuju business kita dalam 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan dan setahun akan datang.
Yeah!!! Eka sendiri memang nampak lebih jelas kejayaan rakan-rakan kongsi Eka yang sentiasa bersemangat dalam masa terdekat ni!
Good luck korang!
Mereka yang bersemangat!!!!!!!!
Slot kedua disampaikan oleh CDM ALFAATH dengan tajuk 'SOCIAL MEDIA'. CDM Alfaath merupakan suami kepada CDM Salha Zain dan topik ini telah dikupas sebaik-baiknya oleh seorang bekas Web Master. Bekas???? Beliau sekarang mengikut jejak langkah isteri untuk menjalankan business PREMIUM BEAUTIFUL secara fulltime. Income??? 6 FIGURE!!!! Ok sangat kan?????
Speaker seterusnya ialah CDM SHA KHALID dan CDM NAA KAMARUDIN. Apa yang saya boleh katakan, ilmu yang mereka sampaikan memang sangat-sangat berguna untuk para SM/SSM. Tak berhenti tangan saya menyalin setiap butir perkataan yang keluar dari mulut mereka.
Memang superb!
Rasa nak terkucil pon ku tahan JEBAT!!!!!!
Rugi kalau keluar dewan walaupon sekejap, sebab kena tadah ilmu yang mereka beri macam kita tadah EMAS!!!!!
Balik JOHOR ,boleh terus apply!!!!!
$$$$$$$$$$$$$
Waktu lunch hours macam-macam makanan yang enak-enak disediakan. Tapi saya tak berapa selera untuk makan sebab dalam kepala ni, dah macam-macam saya fikirkan. Semangat pon semakin berkobar-kobar sampai tak rasa lapar langsung. Saya tengok rakan-rakan kongsi pon macam saya, makan sambil termenung. Masing-masing dah nampak jalan dan cara yang lebih jelas untuk meningkatkan income mereka untuk bulan-bulan mendatang. Dan pastinya kami akan lakukan bersama-sama.
Pihak hotel menyediakan ruang solat yang cukup selesa untuk kami.
Apa yang selalu sangat saya perasan time-time macam ni, ramai ibu-ibu yang mengambil peluang pam susu untuk stok EBM. Eka sendiri bangga bila tengok mereka buat semua tu untuk baby-baby comel mereka. Siapa yang kata busy berbusiness sampai anak-anak terabai???? Tak ada maknanya.
CDM Faziha kesayangan saya, antara insan yang begitu komited dalam menyediakan stok EBM untuk Amzar yang sangat sihat itu!
Susunya sangat lah pekat lemak berkrim gitu dengan bantuan dari pemakaian KORSET PREMIUM BEAUTIFUL juga.
Busy macam mana pon CDM FAZIHA, beliau tetap jalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan semaksima mungkin. Itu yang sangat saya kagumi.
Selepas lunch adalah slot yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua orang. Siapa lagi kalau bukan CDM Hebat kami iaitu CDM HANIS HAIZI.
Fengsan bila tahu baju yang dipakai oleh Hanis Haizi RM10K
Sungguh memotivasikan diri ini.
CDM HANIS HAIZI dan CDM FAZIHA PAUZI
Dengar je suara CDM HANIS HAIZI, comfirm dada akan berdegup kencang! Mata nak tengok vogue nya CDM Hanis Haizi , tapi tangan kena jalan juga. Kalau tak, memang tertinggal ilmu yang tak mungkin boleh dapat di tempat lain.
Lain benar perasaan bila dapat dengar kata-kata semangat dari CDM HANIS HAIZI.
Dan semakin jelas apa yang bakal terbentang di hadapan saya dan rakan-rakan lain.
Syukur Ya Allah, dijodohkan kami semua dengan business dan pemimpin-pemimpin hebat ini.
I'M CHOOSE TO BE AROUND THEM
AND I'M PROUD OF THAT
GREEN LEADERS GROUP
No comments:
Post a Comment