PREMIUM BEAUTIFUL CORSET MARINE ESSENCE PASIR GUDANG

Wednesday 12 September 2012

Dia pergi meninggalkan kami.......


      Assalamualaikum....Dia telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Tiada lagi........


  • Alunan merdu suaranya mengaji kalam2 Allah di setiap hening subuh
  • Insan yang mengingatkan berbuka dengan buah kurma ketika waktu berbuka
  • Insan yang akan meneman ibu menjahit setiap hari
  • Insan yang akan menemani ibu ke nursery bunga atok seminggu 2 3 kali
  • Insan yang meneman ibu menghantar sarapan saya di ofis
  • Insan yang rajin melayan kerenah Adam
  • Insan yang memanjakan Kak Tina
  • Insan yang mengajar Hazriq mengaji
  • Insan yang request jemput2 ikan bilis setiap hari
  • Insan yang rajin picit2 Kak Abin sepanjang kak abin preggy

       Ya, dia telah pergi.......perginya tanpa disangka. Perginya terlalu awal, sedangkan kami adik beradik belum sempat membalas jasa-jasanya. Belum sempat untuk memberinya kesenangan. Perginya ketika kami, anak2nya sedang bekerja keras untuk memberi kebahagiaan dan keselesaan yang lebih kpdnya dan ibu. 

       Siapa sangka, siang harinya arwah boleh berjalan2 ke sana ke mari dengan ibu, tapi malam itu, arwah pergi meninggalkan kami selamanya. Tanpa isyarat!...Perginya tidak menyusahkan kami, tidak sakit dan tidak lumpuh.

       Untuk kawan2 yang masih punya ayah dan ibu. Curahkan la segenap tenaga dan usaha kita utk memberikan yang terbaik untuk mereka. Tanpa ibu dan ayah, kita miskin sebenarnya....walaupon wang ringgit banyak,tapi tanpa mereka ,apa la gunanya. 

      Kini tinggal ibu, orang yang kami TERLALU sayang. I.Allah, selagi kudrat dan ada peluang, saya akan memberikan yang terbaik untuk ibu. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya dan adik-adik untuk menjaga ibu kami sebaik mungkin. Semoga rezeki kami melimpah ruah untuk memberi kesenangan kepada ibu. 




Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu.. 
( tak kira masih hidup atau telah tiada )" 
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT. 



Mohon kawan-kawan dapat sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya - A.Rahman b Tarif. 

              

1 comment:

Unknown said...

Takziah yunk..alfatihah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...