Pada yang sedia maklum, terutama kawan-kawan rapat memang tahu sangat saya berkemampuan dari segi kewangan. Sebut aje ape yang nak I.Allah semua mampu dimiliki dengan gaji saya sendiri or dari income suami saya. Suami saya mempunyai syarikat pengangkutan, yang tambah tolak bahagi campur boleh menjamin pendapatan mewah kami sekeluarga. Aset yang kami ada juga bukan calang2. Diumur kami 29 tahun, alhamdulilah, dengan 2 biji rumah yang selesa. Sampai kami tak tahu nak duduk di rumah yang mana, tanah kebun, rumah kedai dan kenderaan. Semua kami usahakan dari titik peluh kami.
Tapi kawan-kawan, jangan sangka panas hingga ke petang. Kita kena beringat di masa senang untuk bekalan di masa susah. Lebih kurang 1 minggu sebelum saya dan suami bertolak menikmati percutian FREE ke Guangzhou, saya mengatur perancangan untuk ke Kuala Terengganu dan Kuantan untuk urusan business sekaligus membawa anak berjalan-jalan. Memang seronok betul berada di sana. Jalan-jalan, makan-makan dan semestinya URUSAN BUSINESS.
Mengikut jadual kami akan bertolak ke Guangzhou pada hari rabu, jadi, pada hari Isnin saya masih berada di Kuantan untuk membantu rakan kongsi di sana. Saya pulang ke hotel lebih kurang pukul 1 pagi, ketika itu suami dan anak-anak sudah tidur. Selesai siap membersihkan diri, saya pun masuk tidur, lebih kurang pukul 3 pagi, saya dikejutkan dengan bunyi handphone suami. Saya buka mata dan lihat dia sedang tercari-cari handphonenya. Ketika menjawab, saya terdengar ia berkata
"Ya Allah!!!!!!!! abis ko mcm mana????? Lori macam mana?????? Tak pe, tak pe, aku datang!!!!!!!"
Kemudian.........saya lihat dia terus tersandar terdiam dengan muka yang sukar untuk saya fahami. Sepanjang kami berkahwin, saya tak pernah saya lihat muka dia seresah itu.
Saya cuba beranikan diri bertanya
"Kenapa sayang?".....
Dia jawab
''Lori I accident!!! Teruk!, Acid patah kaki,kelindan patah kaki juga kat Seremban! Acid langgar pokok dia ngantok. I dah bnyak kali cakap, kalau ngantok,berenti tido, tu je ubatnya"
Saya terus terdiam tak tahu nak cakap ape.....dari pukul 3 pagi hingga pukul 6.30 pagi, telephonenya tak berhenti berdering menjawab call dari polis,keluarga pekerja dll.
Selepas subuh, kami tergesa-gesa bertolak ke Seremban. Sepanjang perjalanan masing-masing semua diam. Anak-anak yang selalu bising pun jadi diam bila saya dah ingatkan awal2
"Papa tengah sedih!, jangan nakal-nakal,jangan bising-bising, kesian papa"
Sepanjang perjalanan kami semua bermain perasaan.
Mungkin KECEWA,SEDIH,MARAH, TAKUT semua ada. Ketika itu saya dah terbayang-bayang macam mana kami nak survive, cuma tak terluah ketika itu. Lori itu la yang buat cari makan untuk kami, pendek cerita lori tu memang khas untuk job-job cash setiap hari.
Ketika dalam perjalanan ke Seremban, kami dah tahu bahawa
DRIVER (ACID) PATAH TULANG PEHA KANAN, TULANG PINGGUL KIRI PATAH DAN HANCUR, KELINDAN BETIS KIRI PATAH 2 BETIS KANAN PATAH 3. LORI TOTAL LOST!!!!!!!!
Saya dah mencongak-congak. Wife Acid pregnant 4 bulan, anak nak masuk 3, hutang lori ada lg 34k, dan macam-macam lagi. Tapi saya tahan je perasaan.
Total cost rawatan Acid dan kelindan yang kena settle time tu juga RM5K, upah tarik lori dari tempat accident ke bengkel RM650, upah tarik lori dr bengkel Seremban ke Kota Tinggi RM1500, DUIT HILANG dalam lori RM3K berserta geran lori sekali hilang. Banyak lagi yang hilang ketika itu, tapi tak mampu kami nak ingat semula.
YA ALLAH, ketika itu baru terfikir, kalau Allah nak tarik nikmat yang kita dapat memang sekelip mata sahaja. Dalam saya bersedih-sedih dan buntu memikirkan tentang beban kewangan kami lepas ini, saya terfikir pula bagaimana dengan family ACID, wife dia, anak-anak dia, baby dalam perut. Dengan wife tak bekerja. Aduhaiiiiii. Ada orang lagi lebih malang dari kami.
Untung la Acid bekerja dengan kami yang tetap ambil tangungjawab ke atas dirinya dan keluarga. Kalau kerja dengan orang lain, memang dapat duit ubat je la. Tak habis-habis dia asyik sebut nama saya, tanya saya marah ke tidak. Acid sebenarnya kawan sekolah kami, bekerja dengan kami, dan antara bestfriend suami saya.
Kami bercuti ke Guangzhou dengan perasaan yang tak dapat nak digambarkan lagi-lagi En Fuad. Badan saja di sana, tapi hatinya di Malaysia. Pulang dari Guangzhou,banyak urusan yang kena kami settlekan. Dan bermula la episod En Fuad yang tidak bekerja. Sekadar menguruskan job-job lori pajak yang dah ada schedule. So tak ada banyak yang perlu dilakukan. Tugasnya seharian, menghantar saya ke ofis dan menjemput balik. Urusan rumah settle, dari anak2, masak dan membasuh. Dia macam biasa. Tapi saya tak sanggup tengok muka dia yang kadang termenung. Banyak masanya yang dihabiskan dengan bermain Sudoku. Mungkin untuk menghilangkan bosan. Ada juga dia cuba bagi-bagi hint,
''Raya kali ni papa tak dapat bagi duit shopping kat mama"
Sedih memang sedih, tahun-sudah sudah, di awal puasa duit shopping untuk beli segala kelengkapan raya mesti sudah di tangan saya, Tinggal masa nak habiskan je. Tak kira lagi duit saya sendiri, so memang rasa mewah, tapi sekarang.........
Tapi saya tenangkan dia
''Tak pe la pa, duit bisnes PREMIUM BEAUTIFUL mama bulan ni I.Allah boleh cover semua. Jgn la risau-risau, yang penting mama balik keje papa dah siap-siapkan bahan untuk mama masak"....dia senyum je, tapi saya tahu keresahan harinya.
Dengan perasaan yang penuh percaya, saya minta pertolongan leader saya ,CDM Fazi. Saya ceritakan masalah yang menimpa saya, saya minta dia tunjukkan cara untuk saya dapat income lebih bulan ini bagi menampung perbelanjaan kami sekeluarga.
Berbekalkan cara dan strategi dari beliau, saya rasa cukup bersemangat dan keyakinan tinggi. Saya melakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapat RM100,000.00 sales pada bulan tersebut.
Jam tangan sebagai simbolik
RM100,000.00 sales
"INCOME BESAR"
We learn as the same time we earn
From strangers they become my friends.....the best mentor ever
Sharing this great moment with business partner.
Mereka bakal-bakal pewaris jam tangan untuk masa terdekat ini. I.Allah
Apa yang saya nak share di sini adalah jangan selamanya kita rasa kita akan berada dalam keadaan yang selesa. Suatu hari Allah akan menguji kita. Selagi kita muda,berdaya dan ada kemampuan,siapkan la bekalan untuk keluarga kita.Sekurang-kurangnya kita dah bersedia sedikit supaya tidak menyusahkan orang lain.
Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini, Dengan siapa kita nak minta tolong??? Dengan kawan??? Mampu ke kawan-kawan kita tolong?? Dengan family?? Adik beradik??? Mereka pun ada komitment masing-masing..... Sekali dua mungkin mereka boleh tolong, tapi kalau sampai banyak kali, macam mana pula.......
Keputusan kita hari ini merupakan penentu masa hadapan kita. Pilihan di tangan kita.
Gagal merancang, kita merancang kegagalan!!!!!!
No comments:
Post a Comment